Friday, August 19, 2011

IBU Dan BAPA = GURU

tadi, baru lepas masuk kelas 3Murni.... depa nie memang bising sgt sebab jumlah kelas nie ramai... dlm 1 kelas ada 39 org... bila ramai...banyak la mulut yg berckp...mana lebih kuat.... suara 1org guru ngan 39 org murid.mesti la yg 39 lebih hebat dari suara 1 org kan... pastu bila dh tak tahan.... mula la guru naik hantu... tp sebagai pendidik, etika perguruan dan niat untuk mendidik mengatasi perasaan naik hantu tersebut.... so keluar la nasihat yang membina dan membantu untuk mendiamkan murid tersebut walaupun seketika.

Cikgu : Kamu tau tak seorang guru perlu dihormati dan disayangi seperti kamu menghormati dan menyayangi ibubapa kamu
Murid A: teacher, knape sama ngan ibu bapa?
Cikgu: ok, sebelum saya jawab soalan tu, kamu jawab soalan saya dulu. ibu dan bapa kamu kat umah ada   tak ajar kamu?
MUrid B: ajar apa teacher?
Cikgu: Ajar bercakap, berjalan, beradap sopan, hormat org yang lebih tua.....
MUrid(semua): ada..............
Cikgu: Kat sekolah cikgu kamu ada tak ajar apa2 kat kamu....
Murid: ada.... cikgu ajar kami baca, menulis....
Cikgu: nampak tak yang peranan guru sama ja mcm peranan ibu bapa....
Murid: Baik cikgu.....

so bila dah cikgu bersuara sebegitu rupa..... baru lah diam... nampak lah ada beberapa orang yang dh mula faham apa yang cikgu cuba untuk sampaikan.... sebenarnya guru nie pon dh macam ibu bapa kita sebab kita dh abeskan banyak masa kita dengan mereka di sekolah walaupun cikgu tak bg duit belanja sekolah dan juga membesarkan kita dr kita lahir... ilmu yang telah diberikan amat bermakna dan mencorak masa depan manusia selain dari usaha diri sendiri serta keizinan dari Maha Esa.

Dan tak dapat disangkal pengorbanan ibu bapa memang tiada tolak bandingnya.... cuma apa yang diharapkan oleh seorang guru atau cikgu adalah sedikit perasaan hormat kerana mereka sesungguhnnya amat menyayangi setiap murid dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab mereka.


.


Thursday, August 18, 2011

Raya ke Merdeka?

kebetulan tahun nie raya insyaAllah akan disambut awal sehari dari hari kemerdekaan..dan tahukah anda(cewaahhh) sambutan kemerdekaan negara agak hambar .. sebabnya semua itu dilindungi oleh kemeriahan sambutan hari raya.....especially kepada yang merantau... macam hamba.....di radio, sejak puasa yg ke-15 lg, dah ada pasang lagu raya.... orang ramai dah pulun beli baju raya, beli balang kuih raya, biskut raya, perabot raya, langsir raya n iklan raya pon lebih banyak berbanding iklan merdeka... tetiba ingat lagu jalil hamid... 

Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya

Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya

Kalau banyak harta benda
Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya

Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang negara
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya

Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balairaya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya

Selamat hari raya
Selamatlah beraya

hmmm... tapi kan secara kita xsedar, sebenarnya pengertian raya nie boleh je kita kaitkan dengan merdeka.... agak sama kan.... mcmana raya ngan merdeka leh sama.hmmmm lu pk la sendiri...(reader oriented).

apa juga yang kita lakukan atau sambut kena lah secara bersederhana.... ada juga jiran yang berlumba2 buat kuih raya and tukar perabot baru sebab nak tunjuk sapa lg hebat...... satu lg, ada juga berpakat2 untuk hidangkan juadah yang berlainan time raya. katanya nanti orang n jiran tetangga yang datang jemu makan menu yang sama(sebenarnya diaorg yg teringin nak makan juadah tu tp malas nak buat, penyelesaiannya mintak jiran tolong buatkan... hehehehe).... 

ikhlas dalam setipa perbuatan akan membawa kesenangan dan keberkatan di dalam kehidupan setiap manusia. kerana perasaan menunjuk-nunjuk itu sangat merugikan dan akan menjadi bahan gelak ketawa syaitan kerana misi untuk memusnahkan sifat2 mahmudah dan menggantikan sifat mazmumah dalam diri hamba Allah... renungkan bersama....

* tulisan ini juga lebih menjuruskan ke arah raya sebab dh xsabar nak balik raya!!!





pengalaman....

Pengalaman yang membawa kita meniti semula kehidupan dengan cara yang berbeza... namun itu semua bergantung kepada bagaimana kita mentafsir pengalaman tersebut dan menjadikan ianya sebagai panduan dan titik permulaan ke arah yang baik atau yang buruk.

kadang kala kita merentas pengalaman dengan cara yang unik... dan saat tersebut tidak semua insan disekeliling kita mampu untuk melihatnya dari sudut yang berbeza... dari situ juga kita akan dapat melihat kesan yang mungkin kadang kala menyakitkan... tak kurang juga yang mungkin membawa bahagia ...

mereka yang  berani akan mengumpul pengalaman yang banyak untuk dijadikan sebagai wadah perjuangan di masa hadapan namun tidak bermakna yang lemah akan kurang petunjuk tetapi pengalaman yang ditempuh sedikit berbeza.. tetapi semua itu dapat membawa kita agar lebih tabah menghadapi masa depan yang tidak selalu cerah.